Kurangnya orang Cina dalam SPRM Kontroversi_Suruhanjaya_Pencegahan_Rasuah_Malaysia

Pada 26 November 2009, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn tidak puas hati dengan bilangan bukan Melayu yang bekerja dengan SPRM. Kajian dilakukan mengapa bilangan orang Cina dan India amat sedikit bekerja di dalam jabatan kerajaan seperti SPRM, PDRM, tentera dan kakitangan awam yang lain. Penjelasan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa soal gaji, masa dan disiplin sebagai punca mereka tidak berminat tidak memuaskan hati Chang Ko Youn.[2] Tetapi beliau tidak pula memberikan alternatif jawapan yang lain. Di negara China, Hong Kong, India, Taiwan dan lain-lain , nampaknya orang Cina dan India cukup berminat dengan kerjaya di sektor awam ini. Dalam filem Bollywood dan Hong Kong memaparkan anggota polis menjadi hero dalam sesebuah masyarakat. Sebaliknya kaum Cina di Malaysia lebih berminat menjual aiskrim, VCD cetak rompak dan tidak mahu bekerja bagi jawatan gaji rendah dan tinggi tanggungjawabnya.

Kemungkinannya ialah persekitaran tempat kerja, sistem naik pangkat dan struktur perkhidmatan awam. Jadi JPA hendaklah meningkatkan pengambilan bukan Melayu menyertai perkhidmatan awam, termasuk SPRM supaya ia mencerminkan komposisi rakyat Malaysia. Pengambilan pekerja di sektor swasta juga tidak menggambarkan komposisi penduduk di Malaysia.[3]


Berkaitan